Monday, March 9, 2009

-KEINDAHAN BERSAMAMU(KBM)-


Seperti biasa, KBM dimulakan dengan slot Knowing Me Knowing You yang dimeriahkan oleh Pak Ngah dan Anjang Kila. Slot INTEAM pada sebelah petangnya pula telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pak Ngah. Kemudian, diteruskan lagi dengan sesi riadah adik-adik kasih bersama Anjang Kila & Kak Ngah manakala adik2 sayang bersama Pak Ngah & abg-abg fasi. Perancangan awal untuk beriadah di tepi pantai terpaksa dicancelkan kerana adik-adik kasih begitu teruja untuk melakukan aksi Hoki Coki.Pada sebelah malamnya, adik-adik telah dibawa mengembara oleh Pak Long untuk menikmati keindahan bersama Allah, Rasulullah SAW, ibu dan ayah menerusi slot Meniti Angin Malam 1. Kemudian diteruskan pula dengan pengembaraan Meniti Angin Malam 2 yg telah dikendalikan oleh Pak Kay, Kak Syidah(KRJ TRG) dan semua fasilitator lain termasuk 3 lagi ikhwah KRJ TRG. Alhamdulillah, pengembaraan berjaya ditamatkan jam 1pagi walaupun ramai adik-adik kasih yg kecundang.Keesokan harinya, adik-adik telah dibawa berhijrah oleh Anjang Kila dan dalam masa yang sama ibubapa pula telah mengikuti satu slot khas yang diberi nama Rumahku Syurgaku bersama Pak Long. Berikutnya Pak Ngah mengambil alih untuk mengendalikan slot Menyemai Kasih Menuai Sayang dimana para peserta telah ditemukan dengan ibubapa masing-masing. Walaupun pertama kali dalam sejarah KBM, slot pada hari Ahad terpaksa dimulakan agak lewat oleh kerana hari tersebut merupakan hari bekerja, namun kedatangan ibubapa amat memberangsangkan. Jutaan terima kasih diucapkan pada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Moga ianya dinilai disisi-Nya kelak. InsyaAllah.